Posts

PERMULAAN KEHIDUPAN DI UPM

Image
Menara gading. Ya itulah perkataan yang acap kali aku dengar semasa aku berada di Tingkatan 6 dua tahun yang lalu. Aku masih teringat akan perbualan aku dan juga rakan yang lain. Mereka semuanya mengatakan yang mereka ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan ia semestinya ke peringkat universiti. Begitu juga dengan aku. Aku juga mempunyai harapan yang tinggi seperti rakanku yang lain. Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran ke universiti bukan. Semua orang mempunyai cita cita yang ingin dicapai.  Selepas beberapa bulan aku menamatkan persekolahan di Tingkatan 6, aku mendapat satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak kukenali. Tanpa mengambil masa yang lama, aku terus mengangkat ganggang telefon dan bertanyakan siapakah gerangan orang di dalam talian telefon tersebut. Lalu kedengaran suara seorang perempuan dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Puan Auni. Beliau merupakan staf di universiti yang selama ini menjadi impian aku iai...