PERMULAAN KEHIDUPAN DI UPM
Menara gading. Ya itulah perkataan yang acap kali aku dengar
semasa aku berada di Tingkatan 6 dua tahun yang lalu. Aku masih teringat akan
perbualan aku dan juga rakan yang lain. Mereka semuanya mengatakan yang mereka
ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan ia semestinya ke
peringkat universiti. Begitu juga dengan aku. Aku juga mempunyai harapan yang
tinggi seperti rakanku yang lain. Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran
ke universiti bukan. Semua orang mempunyai cita cita yang ingin dicapai.
Selepas beberapa bulan aku menamatkan persekolahan di
Tingkatan 6, aku mendapat satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak
kukenali. Tanpa mengambil masa yang lama, aku terus mengangkat ganggang telefon
dan bertanyakan siapakah gerangan orang di dalam talian telefon tersebut. Lalu
kedengaran suara seorang perempuan dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai
Puan Auni. Beliau merupakan staf di universiti yang selama ini menjadi impian
aku iaitu Universiti Putra Malaysia. Beliau memberitahu bahawa aku telah
diterima masuk ke universiti tersebut untuk melanjutkan pelajaran aku dalam
program Bahasa Moden dan Komunikasi. Alangkah gembiranya aku pada saat itu. Aku
terasa bagai segala yang aku impikan selama ini akan berubah menjadi kenyataan. Segala
persiapan telah aku sediakan lebih awal supaya tidak akan ketinggalan dan tidak
akan menjadi kelam kabut.
Sebaik saja aku melangkah masuk ke pagar utama Universiti Putra Malaysia, perasaan aku bercampur baur. Sedih, gembira, teruja dan macam macam lagi. Aku gembira kerana impian aku untuk melanjutkan pelajaran di UPM ini menjadi kenyataan. Aku juga sedih kerana terpaksa meninggalkan keluargaku. Hal ini sememangnya tidak mudah kerana aku tidak pernah berjauhan dengan keluargaku. Tetapi demi menunaikan impianku, aku perlu berfikiran positif. Setelah selesai membuat pendaftaran, aku bergerak pula ke kolej yang akan aku duduki selama 3 tahun setengah di sini. Ibuku serta adikku membantu untuk mengangkat barang barang keperluan untuk dibawa ke bilik aku yang berada di tingkat dua.
Usai sahaja aku mengemas barang di bilik, ayahku memberitahu bahawa mereka sekeluarga sudah ingin pulang ke kampung. Aku sudah mula mengalirkan air mata. Hal ini kerana ini pertama kali aku akan berjauhan dengan keluargaku. Ianya bukan mudah ntuk aku hadapi. Walau bagaimanapun, ayah dan ibu sentiasa memberikan kata kata semangat dan nasihat serta mengatakan bahawa aku harus kuat untuk menghadapi kehidupan baru sebagai seorang pelajar di UPM. Masih banyak lagi cabaran yang perlu aku tempuhi demi mencapai impian yang aku dambakan selama ini.

Comments
Post a Comment